Wednesday 21 March 2012

TAKUT......

Assalamualaikum semua pembaca...sambungan kepada cerita Azu, dimana Azu kerja ngan Jab Perangkaan hanya sambilan dan kontrak 3 bulan sahaja, ketakutan sebab lepas ni kena cari kerja lain... Apa nak buat saat tu ramai sangat graduan yang menganggur, so nak tak nak kena teruskan juga. Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan En. Amran (GM Tourism Penang) masa tu dalam lift saja, masih ingat lagi soalan beliau "Keja mana?"
Jawabku:
"Perangkaan"
"Sekejap jer la. Ada Diploma or Ijazah"
"Saya ada Diploma Pengurusan Perniagaan , dari UPM" Azu jawab
dalam lift tu hanya Azu n En Amran sahaja,
Dia pun offer Azu interview kerja dengannya...
"Esok maila Office saya nak bagi kerja kosong, nak bawa kawan pun tak pa"
Dalam hatiku amat gembira sebab seolah2 bagaikan mengantuk disorongkan bantal.
Keesokkannya Azu datang ke Pejabat Pelancongan tu dengan seorang kawan (Ikin, seorang graduan Ijazah sarjana muda dari UUM"
Ha................ nak tau Azu jumpa sapa, masa nila permulaannya berkenalan dengan seorang insan hebat (Sister Beautiful), cantik sangat orangnya... saat ni barula duniaku sedikit berubah.. Alhamdulillah azu dan Ikin diterima bekerja sebagai Kerani di Majlis Tindakan Pelancongan Pulau Pinang. Memang seronok sangat. Time ni memang tak sempat nak buat part time sebab terlalu banyak kerja. so semua part time yang Azu buat sebelum ni di  hentikan sebab kerja dengan Tourism ni memang tak ada masa, dengan diri sendiri pun tak ada masa. Time ni kenal dengan orang besar2 (YB2), terkenal di Pulau Pinang. Banyak sangat cerita masa dalam Tourism, terlalu banyak n kalau nak syer sampai beratus muka surat nak tulis. memang banyak kenangan manis, banyak travel bukan takat dalam negeri, Luar Negeri pun ada. Dari pangkat rendah sampaila kepada Jadi PA GM. Disinilah pengalaman yang terlalu indah dan banyak azu belajar dan alami, tak akan dapat di tempat lain. Di sinila Azu banyak belajar cakap org putih sebab selalu jumpa org asing. Majoriti semua hotel di penang ni dah jadi rumah ke2. tak terkata dengan kata2, memang indah, semua free.. banyak event plak tu, dapat pg banyak tempat free, siap leh kelim lagi, sapa nak bagi... hehehehe, duit jangan cakap la memang lumayan masa tu... seronok lagipun kredit pada azu sebab masih belum kahwin so memang tak ada masalah dengan masa, kebanyakkannya masa habis di tempat keja dan event2 yang dipromosikan oleh tourism.

No comments:

Post a Comment