Monday 12 November 2012

Kembali Lagi...

Assalamualaikum... Lamanya azu tak update blog ni.. dah lebih 7 bulan. Sekejap betul masa berlalu. Apapu kehidupan perlu diteruskan. Sambung balik cerita azu masa bekerja dengan Tourism Penang. Seronok sangat sebab banyak kawan dan banyak pengalaman. Azu pun banyak travel samada dalam dan luar negara. Tak pernah terfikir sekalipun akan dapat naik Kapal Terbang, tapi dalam Tourism tu suma azu rasai. Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan.
Lama tak lama juga azu dalam Turism Penang disebab kan tuntutan Agama dan Kehidupan azu tamatkan perkhidmatan di Tourism dan terus berkhidmat di Pejabat Setiausaha Pulau Pinang n jawatan azu hanyalah sebagai Kerani Kewangan. Kali ni kerja azu best tapi boring sebab kerja banyak di pejabat bila balik umah tak ada benda nak buat. Masuk pukul 8pagi balik pukul 5 ptg. itula rutin harian azu.. BORING kan hidup macam tu.
Oleh kerana azu ni tak suka buang masa, jadi azu pun ambik alternatif nak cari kerja sambilan, bukan pasai tak cukup duit tapi pasai boring. Kawan pun tak ramai, yang ada kawan pejabat dan kawan serumah. Tu pun masing2 buat hal masing2, sangat2 membosankan..........