Wednesday, 21 March 2012

TAKUT......

Assalamualaikum semua pembaca...sambungan kepada cerita Azu, dimana Azu kerja ngan Jab Perangkaan hanya sambilan dan kontrak 3 bulan sahaja, ketakutan sebab lepas ni kena cari kerja lain... Apa nak buat saat tu ramai sangat graduan yang menganggur, so nak tak nak kena teruskan juga. Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan En. Amran (GM Tourism Penang) masa tu dalam lift saja, masih ingat lagi soalan beliau "Keja mana?"
Jawabku:
"Perangkaan"
"Sekejap jer la. Ada Diploma or Ijazah"
"Saya ada Diploma Pengurusan Perniagaan , dari UPM" Azu jawab
dalam lift tu hanya Azu n En Amran sahaja,
Dia pun offer Azu interview kerja dengannya...
"Esok maila Office saya nak bagi kerja kosong, nak bawa kawan pun tak pa"
Dalam hatiku amat gembira sebab seolah2 bagaikan mengantuk disorongkan bantal.
Keesokkannya Azu datang ke Pejabat Pelancongan tu dengan seorang kawan (Ikin, seorang graduan Ijazah sarjana muda dari UUM"
Ha................ nak tau Azu jumpa sapa, masa nila permulaannya berkenalan dengan seorang insan hebat (Sister Beautiful), cantik sangat orangnya... saat ni barula duniaku sedikit berubah.. Alhamdulillah azu dan Ikin diterima bekerja sebagai Kerani di Majlis Tindakan Pelancongan Pulau Pinang. Memang seronok sangat. Time ni memang tak sempat nak buat part time sebab terlalu banyak kerja. so semua part time yang Azu buat sebelum ni di  hentikan sebab kerja dengan Tourism ni memang tak ada masa, dengan diri sendiri pun tak ada masa. Time ni kenal dengan orang besar2 (YB2), terkenal di Pulau Pinang. Banyak sangat cerita masa dalam Tourism, terlalu banyak n kalau nak syer sampai beratus muka surat nak tulis. memang banyak kenangan manis, banyak travel bukan takat dalam negeri, Luar Negeri pun ada. Dari pangkat rendah sampaila kepada Jadi PA GM. Disinilah pengalaman yang terlalu indah dan banyak azu belajar dan alami, tak akan dapat di tempat lain. Di sinila Azu banyak belajar cakap org putih sebab selalu jumpa org asing. Majoriti semua hotel di penang ni dah jadi rumah ke2. tak terkata dengan kata2, memang indah, semua free.. banyak event plak tu, dapat pg banyak tempat free, siap leh kelim lagi, sapa nak bagi... hehehehe, duit jangan cakap la memang lumayan masa tu... seronok lagipun kredit pada azu sebab masih belum kahwin so memang tak ada masalah dengan masa, kebanyakkannya masa habis di tempat keja dan event2 yang dipromosikan oleh tourism.

Sunday, 18 March 2012

SAMBUNGAN CERITA SAYA...

..............Sambil kerja, sambil mengajar, dalam masa yang sama Azu cari member2 yang kerja diPennag kot2 boleh cuba nasib kerja lain plak, yang lebih menjamin dan mendapat gaji yang lumayan sebab penat la ngajar budak2 yang semakin kurang ajar... hehhehehe tapi pengalaman yang memang sukar tuk dilupakan.. sampai sekarang setiap  kali 16Mei pasti ada mesej masuk wishkan Selamat Hari Guru pada Azu. Ramai jugala anak murid yang dapat markah tinggi tuk subjek2 yang Azu ajarkan dulu tu.
                  Tak lama kemudian ada la member ajak gi interview kerja ngan Kerajaan di jabatan
Perangkaan Malaysia Pulau Pinang. Mas tula 1st time pegi KOMTAR, tempat paling popular di Penang. pegi naik bas dari BJ ke KOMTAR, tak tau jalan lain lagi, tak ramai kawan sangat masa tu, rasanya Azu kenal budak umah sewa, Kak Lela, Kak Ina dan sorang lagi tak ingat dah nama, pastu kawan Azu Siti yang banyak bantu semasa azu di Penang.
                Syukur Alhamdulillah dapat kerja dengan Jab. Perangkaan sebagai Pembantu Perangkaan dengan gaji harian RM29.90, lumayan tu, ada OT n boleh kelim perjalanan lagi.. habis tu sempat lagi part time ajar tuisyen rumah ke rumah.. so memang masa tu cam loaded gak la.. hehehehe, tiap2 minggu balik kampung. Pengalaman masa kerja ngan Perangkaan memang banyak sebab yang kerja sesama masa tu ramai dekat 100 orang, kami suma ditempatkan di Tingkat 55, KOMTAR. Masa tu Kerajaan sedang mengadakan Banci Pertanian so ramai graduan2 yang minta kerja sebagai pembanci ni tau... member pun ramai sangat masa tu, seronokk sangat2, kenal kwn2 dari semua tempat di Penang. Masa nila dah pandai lepak2 n keluar2 lepas kerja. duit pun banyak habisla. Tapi Syukur Alhamdulillah Azu tak pernah alpa sebab dok Penang memang kena pandai jaga diri dan maruah, maklumla orang kampung, terlepas dari kongkongan ibu bapa, tanpa pantauan sesiapa so diri sendirila kena pandai jaga. Berkat ilmu agama yang mak dan abah berikan azu masih tau jaga semua batasan. TQ to  Mak ngan Abah... saya sangat sayangkan mak n Abah. Tak pernah lupa di ingatan sikit pun semua pesanan dan nasihat.................................
          

Monday, 5 March 2012

CERITA SAYA...

Pada 20 Dis 2004, Azu datang ke Penang hanya berbekalkan doa dari Mak dan Abah tuk mencari rezeki dan mencapai impian merubah kehidupan. Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan Cikgu Hasnol dari Parit Buntar yang memberi pekerjaan kpd azu sebagai kerani Cawangan Pusat Tuisyennya di Bukit Jambul, Penang. Gaji yang ditawarkan RM500 sebulan. Tuk membayar kos sara hidup di sini azu memerlukan lebih duit kerana RM500 sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana azu terpaksa menyewa bilik di sebuah flat berdekatan dengan tempat kerja azu. Nak menyewa di tempat lain, almaklumla pendatang so memang tak tau langsung selok belok penang ni. Jadi nak tak nak terpaksalah sewa dekat dengan tempat keja. Kebetulan Cikgu Hasnol ni kekurangan Guru Tuisyen, azu pun cabar diri sendiri nak ajar bebudak tuisyen tuk 4 mata pelajaran (Math, Sains, BM n Prinsip Akaun) bolehla tambah2 sikit pendapatan bulanan, campur dgn gaji kerani dapatlah lebih kurang RM1200 sebulan, memang lebihla so bolehla bagi mak abah sikit. Permulaannya itula kerja azu selama hampir setahun jugakla....

Saturday, 3 March 2012