Monday 5 March 2012

CERITA SAYA...

Pada 20 Dis 2004, Azu datang ke Penang hanya berbekalkan doa dari Mak dan Abah tuk mencari rezeki dan mencapai impian merubah kehidupan. Syukur Alhamdulillah dipertemukan dengan Cikgu Hasnol dari Parit Buntar yang memberi pekerjaan kpd azu sebagai kerani Cawangan Pusat Tuisyennya di Bukit Jambul, Penang. Gaji yang ditawarkan RM500 sebulan. Tuk membayar kos sara hidup di sini azu memerlukan lebih duit kerana RM500 sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana azu terpaksa menyewa bilik di sebuah flat berdekatan dengan tempat kerja azu. Nak menyewa di tempat lain, almaklumla pendatang so memang tak tau langsung selok belok penang ni. Jadi nak tak nak terpaksalah sewa dekat dengan tempat keja. Kebetulan Cikgu Hasnol ni kekurangan Guru Tuisyen, azu pun cabar diri sendiri nak ajar bebudak tuisyen tuk 4 mata pelajaran (Math, Sains, BM n Prinsip Akaun) bolehla tambah2 sikit pendapatan bulanan, campur dgn gaji kerani dapatlah lebih kurang RM1200 sebulan, memang lebihla so bolehla bagi mak abah sikit. Permulaannya itula kerja azu selama hampir setahun jugakla....

No comments:

Post a Comment